Showing posts with label prestasi. Show all posts
Showing posts with label prestasi. Show all posts

Sunday, August 12

Tips Mudah Beli Kereta Second Hand di Malaysia Agar Tidak Ditipu


Kereta terpakai (second hand) merupakan alternatif bagi mereka yang berhasrat untuk memiliki kereta dengan bajet yang minimum. Namun, urusan yang perlu dilakukan boleh menjadi rumit jika belum ada pengalaman dan mungkin akan menyebabkan anda ditipu.  Di sini saya kongsikan tips-tips penting berdasarkan pengalaman yang saya alami sendiri.


1.      Lakukan survey

Survey boleh dilakukan sama ada secara online atau anda pergi sendiri ke pusat-pusat penjualan kereta terpakai berdekatan anda. Website seperti Mudah.my atau Carlist boleh digunakan untuk proses ini. Cuba bandingkan harga yang ditetapkan penjual-penjual berdasarkan model/jenama kereta yang anda cari. Sebagai contoh, jika anda ingin mencari kereta Proton Wira, biasanya harga boleh dapat dalam RM4.5k keatas bergantung kepada tahun keluaran, kondisi, dan mileage. Ada eloknya anda meluangkan lebih masa (1-2 bulan) untuk melakukan survey bagi memahami trend harga dan model yang berbaloi untuk dibeli.


2.      Pandu uji

Setelah mengenalpasti kereta yang anda berminat, boleh la mengatur temu janji dengan penjual/pemilik kereta untuk tujuan pandu uji. Sebelum itu, pastikan anda sudah bersedia dengan ilmu-ilmu untuk mengetahui prestasi dan kondisi kereta sama ada baik ataupun tidak. Lebih bagus bawa sekali mekanik yang anda kenal untuk pandu uji dan menilai kondisi kereta tersebut lagi bagus. Nasihat daripada makenik adalah amat penting untuk menilai kondisi enjin mahupun kebarangkalian kereta tersebut pernah mengalami kemalangan. Jangan berkira untuk keluarkan wang sedikit untuk membayar mekanik kerana ini mampu menyelamatkan anda daripada menanggung kerugian ribuan ringgit kelak jika tersalah pilih kereta. Lakukan pandu uji sejauh yang boleh (kira 40km keatas) untuk anda benar-benar dapat merasai pengalaman memandu kereta tersebut. Periksa penggunaan minyak, suhu aircond (pastikan sejuk), suhu enjin (pastikan dibawah paras setengah), transmisi gear (pastikan smooth) sepanjang anda memandu uji. Jika anda tidak berpuas hati dengan kondisi kereta, jangan teragak-agak untuk beredar dan mencari kereta lain kerana masih banyak lagi pilihan yang ada.


3.      Tawar-menawar harga

Setelah anda berpuas hati dengan keputusan pandu uji dan betul-betul berhasrat ingin membeli kereta tersebut, bolehlah melakukan tawar-menawar harga dengan penjual. Anda akan memulakan sebut harga yang paling minimum sebagai contoh kalua harga yang ditawarkan sebanyak RM10,000 anda boleh memulakan sebut harga dengan RM8,500 dan bertambah sebanyak RM200 setiap kali penjual tidak setuju. Jika anda dan penjual tidak mendapat persetujuan antara satu sama lain, sekali lagi jangan teragak-agak untuk beredar.
*Lakukan pembayaran setelah proses tukar nama dilakukan.


4.      Urusan PUSPAKOM

PUSPAKOM merupakan badan yang bertanggungjawab melakukan pemeriksaan kepada kenderaan dari segi keselamatan di jalan raya dan juga emisi kenderaan tersebut. Dengan kata lain, PUSPAKOM dapat mengenalpasti jika kereta tersebut adalah kereta potong atau mempunyai modifikasi yang menyalahi undang-undang. Surat kelulusan daripada PUSPAKOM penting untuk membenarkan proses penukaran nama pemilik kenderaan dilakukan di JPJ. Tanpa kelulusan daripada PUSPAKOM, proses tukar nama tidak dapat dilakukan. Pada masa artikel ini ditulis, PUSPAKOM menawarkan pilihan sama ada membuat temu janji di bengkel mereka atau menjemput mereka datang ke lokasi anda.


5.      Semak Rekod Saman

Sebelum tukar nama dilakukan, semak dahulu rekod saman pada kereta tersebut. Jika terdapat rekod saman lampau, minta pemilik/penjual asal untuk selesaikan saman itu dahulu. Jika anda terlepas langkah ini dan terus menukar nama milik, kemungkinan besar anda yang akan menanggung semua saman tersebut. Rekod saman boleh dilakukan di pejabat JPJ atau di laman www.myeg.com.my.


Setelah anda melakukan semua tips di atas, bolehlah melakukan tukar nama milik kenderaan dan membuat bayaran kepada penjual/pemilik asal. Sekian.

Thursday, August 25

9 Tips penjimatan minyak kereta yang ramai orang tak tahu



Ekoran kegawatan ekonomi pada masa kini kos sara hidup semakin meningkat seperti harga barangan runcit, bil api dan air, mahupun harga minyak. Dengan mengamalkan tips dan nasihat di bawah anda mampu mengurangkan kos perbelanjaan minyak kereta anda pada tahap yang optimum.

1. Jaga kebersihan luaran dan dalaman kereta
Kebersihan kereta amat penting bagi memastikan kelancaran pergerakan mekanikal dan aerodinamik. Bahagian dalaman kereta juga perlu dibersihkan. Kutip semua sampah sarap yang terkumpul di dalam kereta anda dan vacuum segala pasir dan debu yang terkumpul. Ini kerana sampah-sampah tersebut juga menyumbang kepada berat beban yang kereta anda tanggung. Semakin banyak beban semakin banyak penggunaan minyak.

      2. Servis kereta tepat pada masa
Patuhi panduan penyelenggaraan kereta yang telah ditetapkan oleh mekanik anda terutamanya minyak enjin yang melancarkan pergerakan piston. Servis yang menepati masa akan mengekalkan prestasi kereta pada tahap yang optimum sekali gus melancarkan pergerakan enjin dan menjimatkan minyak. Untuk jangka masa panjang ia juga mampu menyelamatkan kereta anda daripada risiko kerosakan yang memerlukan belanja yang tinggi.

      3. Memecut dengan perlahan
Memecut dengan laju bermakna anda menekan pedal minyak dengan kuat dan LEBIH BANYAK minyak akan dipam ke dalam enjin. Hal ini akan akan menyebabkan rpm meningkat dan tekanan pada silinder enjin sekaligus meningkatkan penggunaan minyak.

      4. Parking di tempat yang redup
Minyak kereta merupakan cecair yang mudah tersejat atau pun dalam kata lain “high volatility” yang mana ianya sangat sensitif pada suhu tinggi. Elakkan meletak kereta di bawah terik matahari kerana ini akan menyebabkan tangki minyak menjadi panas dan meningkatkan suhu minyak di dalam tangki. Ekoran itu minyak akan tersejat keluar melalui penutup tangki yang tidak rapat.

      5. Periksa angin tayar
Tekanan angin pada tayar kereta sangat penting bagi memastikan kelancaran pergerakan. Jika tayar kekurangan angin maka akan lebih banyak tenaga diperlukan untuk bergerak. Oleh itu, tekanan angin tayar perlu berada di tahap optimum seperti yang dispesifikasikan.

6. Elakkan traffic jam
Kesesakan lalu lintas akan meningkatkan penggunaan minyak. Walaupun kereta berada pada kelajuan rendah atau tidak bergerak sama sekali ketika kesesakan, namun jika enjin hidup minyak kereta tetap akan berkurangan. Rancang perjalanan agar tidak terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

7. Kurangkan penggunaan aircond
Penggunaan aircond memerlukan enjin mengecas tenaga bateri dengan lebih banyak dan meningkatkan penggunaan minyak. Untuk menjimatkan minyak, kurangkan penggunaan aircond. Jika tidak perlu matikan aircond dan buka tingkap semasa dalam perjalanan melainkan hari hujan.

8. Jangan tambahkan beban yang tidak perlu
Kebanyakan orang tidak sedar yang mereka sebenarnya meletakkan beban yang tidak perlu ke atas kereta mereka sendiri. Seperti contoh patung dan bantal perhiasan yang berlebihan di dalam kereta,sound sistem besar dan sebagainya. Perlu di ingat, semakin banyak beban semakin tinggi penggunaan minyak.

9. Jangan memecut di bukit
Memecut di bukit akan memberi tekanan pada enjin dengan rpm yang tinggi. Rpm tinggi bermaksud pembakaran di dalam enjin berlaku dengan lebih kerap dan ini sama sekali tidak menjimatkan. Jika mendaki bukit kekalkan pada kelajuan yang ideal agar enjin tidak diberi tekanan.

5 Punca kereta menjadi berat dan susah untuk memecut walaupun pedal minyak ditekan habis



Masalah kereta berat?? Susah untuk memecut?? Kereta lembab seperti kura-kura semasa naik bukit?? Masalah ini adalah perkara biasa dan ramai orang mengalaminya. Mungkin anda juga menghadapi masalah yang sama sehingga membawa anda ke sini untuk mengetahui puncanya. Sebelum anda membawa kereta anda ke bengkel yang mungkin akan mengenakan servis dan caj yang tidak sepatutnya, ketahui dahulu antara punca masalah tersebut.


1. Filter minyak
Filter minyak yang sudah lama mungkin tersumbat dan kotor. Tukar filter minyak setiap 2 tahun sekali.

2. Bateri kereta perlu ditukar
Bateri kereta boleh bertahan sehingga 2 tahun. Jika kereta susah memecut ada kemungkinan bateri kereta anda sudah perlu ditukar. 

3. Palam pencucuh (spark plug)
Spark plug merupakan alat yang menghasilkan pembakaran di dalam enjin. Tempoh penggunaan yang sudah lama menyebabkan tompokan karbon  di bahagian hujung spark plug dan mengurangkan daya pembakaran efisyen. Tukar spark plug jika ada tompokan karbon. Tompokan karbon juga menandakan spark plag bermasalah.

4. Tune enjin lari dari setting asal
Tune enjin perlu diselaraskan antara kemasukan minyak dan angin. Mungkin kurangnya angin masuk menyebabkan pembakaran yang kurang sempurna dan menyebabkan kereta anda berat. Munkin juga kemasukan minyak yang berlebihan. Walaubagaimana pun tugas ini perlu diserahkan pada yang pakar.

5. Sensor oksigen pada enjin rosak
Untuk sebahagian jenis enjin ada menggunakan sensor oksigen untuk mengenalpasti oksigen yang masuk ke dalam enjin. Sensor ini akan mengimbangkan jumlah minyak yang masuk yang akan menghasilkan pembakaran bersama oksigen. Jika sensor ini rosak maka kereta akan terasa lembab.


Semua faktor di atas merupakan masalah umum yang dihadapi oleh kereta yang kurang 'pickup'. Namun begitu mungkin banyak lagi faktor lain dan setiap kenderaan mempunyai masalah yang berbeza-beza. Sila rujuk kenderaan anda kepada pakar jika terdapat masalah yang tidak disenaraikan di atas. Segala info dan tips ini akan dikemaskini dari masa ke masa. sekian.

Wednesday, August 24

5 langkah penjagaan bateri kereta



Penjagaan bateri kereta adalah perkara yang ramai orang terlepas pandang. Hal ini boleh mengundang kerosakan kepada bateri tersebut dan masalah besar kepada pemilik kereta. Antara masalah yang sering berlaku disebabkan kerosakan bateri ialah enjin kereta tidak dapat dihidupkan (bateri kong). Di sini kami senaraikan langkah-langkah bijak untuk penjagaan bateri kereta anda.

#1: Elakkan suhu yang terlalu panas
Suhu yang terlalu panas akan meningkatkan rintangan di dalam bateri dan menyebabkan nyah cas (discharge) sebanyak 20% daripada cas yang ada. Oleh itu sentiasa pastikan anda meletak kereta di tempat yang redup dan berbumbung.

#2: Kurangkan pemasangan aksesori elektrik yang berlebihan
Pemasangan aksesori elektrik seperti sound system dan lampu LED mempengaruhi jumlah beban yang terpaksa ditanggung oleh bateri kereta anda. Semakin banyak beban semakin cepat proses nyah cas dan ini akan mengganggu kitaran cas bateri. Kitaran cas berada pada tahap seimbang jika jumlah kuasa yang dicas oleh enjin kepada bateri melebihi jumlah kuasa yang dikeluarkan oleh bateri untuk menjana aksesori elektrik yang lain.

#3: Sentiasa peka untuk mengisi air bateri
Jika kereta anda menggunakan bateri sel basah jangan lupa untuk menambah air sebaik sahaja paras air bateri berkurangan. Air berfungsi untuk menyediakan ion aktif untuk melancar dan menstabilkan elektrik yang dijana oleh bateri.

#4: Jaga kebersihan bateri
Kebersihan bateri haruslah dijaga terutama bahagian atas bateri. Jangan biarkan debu menebal di atas bateri dan jangan biarkan bateri basah. Debu mengandungi ion aktif dan akan menyebabkan nyah cas apabila bersentuhan dengan terminal bateri manakala air pula akan menjadikan terminal berkarat. Karat menghalang pengaliran elektrik.

#5: Gunakan bateri yang betul
Setiap kereta mempunyai piawaian bateri yang tersendiri. Oleh itu pastikan anda menggunakan bateri yang mempunyai piawaian sesuai atau lebih tinggi daripada yang diperlukan oleh sistem kereta anda.

5 cara penjagaan kereta yang salah dan hanya mendatangkan kerugian kepada anda



Semua orang mahukan penjagaan yang terbaik untuk kereta mereka. Namun begitu, bukan semua cara penjagaan ini bertepatan pada tempat dan masanya. Lebih teruk lagi jika cara tersebut hanya membuat keadaan menjadi semakin buruk dan mendatangkan kerugian. Berikut kami senaraikan cara-cara penjagaan kereta yang anda rasa betul tapi sebenarnya salah.

#1: Tukar minyak enjin pada setiap 5,000km
Penukaran minyak enjin pada setiap 5,000km adalah sama sekali tidak tepat. Jarak perjalanan untuk menukar berbeza bagi setiap kenderaan dan jenis minyak yang dipilih. Jika anda membeli minyak enjin yang berkualiti maka anda boleh pergi lebih jauh sebelum perlu menukarkannya.

Formula pemprosesan yang berteknologi tinggi pada masa kini menjadikannya lebih tahan lama dan berkualiti. Dengan formula baharu, minyak enjin boleh bertahan sehingga 15,000km hingga 20,000km perjalanan. Tiada siapa pernah mengambil tahu akan teknologi ini namun itulah hakikatnya.

Walaupun begitu, menukar minyak enjin lebih awal tidak menjadi masalah. Tetapi ini akan mengurangkan penjimatan anda dalam penjagaan kereta.

#2: Panaskan enjin sebelum jalan
Ramai beranggapan bahawa perbuatan memanaskan enjin akan menghalang kerosakan pada enjin. Namun pada hakikatnya perbuatan ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah mengundang lebih banyak keburukan kepada enjin. Perbuatan ini hanya akan membazirkan minyak kereta dan menyebabkan komponen dalaman enjin seperti piston cepat rosak.

#3: Tambah minyak pembersih enjin untuk membersihkan bahagian dalam enjin
Tahukan anda, penghasilan minyak kereta diwajibkan untuk mematuhi polisi antarabangsa iaitu menambahkan detergen di dalam formula mereka bagi mengurangkan mendapan kotoran minyak di dalam enjin dan tangki. Polisi ini wajib dipatuhi oleh semua syarikat minyak dan tiada yang terkecuali.

Oleh itu, anda patut mempertimbangkan keperluan untuk menambah minyak pembersih ke dalam tangki minyak anda. Namun tidak salah jika anda berbuat demikian cuma tidak perlu terlalu kerap.

#4: Tune anjin dengan kerap
Perbuatan tune enjin tidak perlu dibuat kerap kali. Ini kerana bagi kebanyakan kereta pada masa kini aliran minyak dan angin dikawal sepenuhnya oleh sensor dan komputer kereta anda.

Sistem kereta juga sentiasa melakukan pemeriksaan pada kuantiti minyak dan angin yang masuk agar menghasilkan pembakaran yang optimum. Semua ini berlaku secara automatik. Oleh itu anda tidak perlu risau lagi mengenai tuning enjin anda.

Jika kereta lambat memecut cuba periksa spark plug terlebih dahulu sebelum meminta mekanik untuk melakukan tuning enjin.

#5: Penggunaan minyak oktane tinggi lebih baik untuk enjin
Minyak oktane tinggi sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa kelebihan kepada enjin anda. Bezanya cuma harga minyak ini lebih mahal daripada biasa.


Kebanyakan kereta lumba menggunakan minyak oktane tinggi untuk prestasi yang lebih tinggi. Namun harus diingat, enjin pada kereta lumba tidak sama seperti kereta biasa. Ianya telah diubahsuai untuk tekanan dan pecutan tinggi. Bagi enjin biasa, prestasinya tidak banyak berbeza jika menggunakan minyak oktane tinggi.

8 Perkara asas yang perlu anda tahu mengenai penjagaan kereta



Penjagaan kereta tidaklah sukar seperti yang disangka. Hanya dengan sedikit kesungguhan dan perhatian mampu menyelamatkan kereta anda daripada masalah kecil yang boleh membawa kepada masalah besar dan kos penyelenggaraan yang banyak jika dibiarkan. Berikut adalah senarai beberapa perkara asas yang perlu anda tahu mengenai penjagaan kereta:


1. Minyak enjin atau “minyak hitam”
Minyak enjin perlu diambil perhatian untuk memastikan prestasi enjin kereta anda berada dalam keadaan baik. Pada keadaan normal minyak enjin akan berwarna sedikit jernih macam minyak masak dan parasnya pula merada pada paras garisan yang terdapat pada batang pencelup. Jika paras minyak enjin kurang atau berwarna hitam maka boleh lah ditukar. Kos penukaran biasanya dalam RM90. Namun harus diingat, kebiasaannya minyak enjin perlu ditukar pada setiap 15,000km sehingga 20,000km.

2. Timing belt 

Part yang paling penting dalam enjin ialah timing belt. Jika timing belt terputus enjin anda boleh di overhaul secara keseluruhan dan kos penyelenggaraannya amat tinggi. Jadi penting untuk menukar timing belt tepat pada masanya. Tempoh untuk tukar bergantung pada jenis kenderaan namun biasanya setiap 60,000 km. Namun ada juga kenderaan yang menggunakan timing chain dan ia tidak perlu ditukar.

3. Pam air / water pump
Pam air biasanya ditukar sekali dengan timing belt sebab pam air perlu dialihkan untuk membuka timing belt di dalam enjin. Saranan agar pam air ditukar sekali bagi mengelakkan kebocoran pada pam air.

4. Breake pad
Untuk memeriksa keadaan breake pad anda boleh lihat pada paras minyak breake jika anda membuka bonet depan. Pada keadaan normal paras minyak breake akan tinggi atau penuh. Namun jika parasnya suda jatuh kepada minimum itu menunjukkan yang breake pad anda suda haus dan perlu ditukar. Selepas ditukar paras minyak breake biasanya akan naik dengan sendiri tanpa perlu ditambah.

5. Cecair penyejuk enjin
Biasanya disebut coolant. Cecair ini penting untuk memastikan enjin anda tidak overheat. Penting untuk diperiksa terutamanya sebelum anda memulakan perjalanan jauh. Pastikan tiada kebocoran pada tiub dan cecair coolant penuh. Anda digalakkan pakai cecair coolant dan bukannya air paip. Air paip hanya akan menyebabkan pengaratan dan takat didihnya rendah. Cadangan tukar coolant pada setiap 60,000 km.

6. Tayar
Tayar anda perlu dipantau dalam beberapa keadaan iaitu tekanan angin, allignment, dan bunga tayar. Tekanan angin berbeza mengikut jenis tayar dan pastikan tekanan angin pada tayar kereta anda menepati spesifikasi yang terdapat pada tayar tersebut. Allignment tayar anda boleh rasa semasa memandu, jika kereta mudah menyerong atau tayar cepat haus pada sebelah sisi itu tandanya allignment mempunyai masalah. Tayar botak adalah bahaya untuk pemanduan kecuali anda seorang drifter. Pastikan bunga tayar tebal.

7. Bateri
Terdapat dua jenis bateri kereta iaitu bateri sell basah dan sell kering. Untuk sell kering cadangan perlu ditukar setahun sekali bergantung kepada jangka hayat bateri tersebut. Manakala untuk sell basah pula pastikan anda rajin mengisi air bateri.

8. Wiper
Untuk kereta yang selalu parking tengah panas anda disarankan untuk menaikkan wiper agar ia lebih tahan lama. Ini kerana cermin kereta yang panas boleh merosakkan getah wiper menjadikannya keras dan rosak. 

Harus diingat bahawa semua jangka waktu penukaran yang dinyatakan diatas hanyalah cadangan semata-mata bagi memastikan prestasi yang baik sepanjang masa. Anda tidak perlu terikat dengan cadangan tersebut.