Thursday, August 25

5 Punca kereta menjadi berat dan susah untuk memecut walaupun pedal minyak ditekan habis



Masalah kereta berat?? Susah untuk memecut?? Kereta lembab seperti kura-kura semasa naik bukit?? Masalah ini adalah perkara biasa dan ramai orang mengalaminya. Mungkin anda juga menghadapi masalah yang sama sehingga membawa anda ke sini untuk mengetahui puncanya. Sebelum anda membawa kereta anda ke bengkel yang mungkin akan mengenakan servis dan caj yang tidak sepatutnya, ketahui dahulu antara punca masalah tersebut.


1. Filter minyak
Filter minyak yang sudah lama mungkin tersumbat dan kotor. Tukar filter minyak setiap 2 tahun sekali.

2. Bateri kereta perlu ditukar
Bateri kereta boleh bertahan sehingga 2 tahun. Jika kereta susah memecut ada kemungkinan bateri kereta anda sudah perlu ditukar. 

3. Palam pencucuh (spark plug)
Spark plug merupakan alat yang menghasilkan pembakaran di dalam enjin. Tempoh penggunaan yang sudah lama menyebabkan tompokan karbon  di bahagian hujung spark plug dan mengurangkan daya pembakaran efisyen. Tukar spark plug jika ada tompokan karbon. Tompokan karbon juga menandakan spark plag bermasalah.

4. Tune enjin lari dari setting asal
Tune enjin perlu diselaraskan antara kemasukan minyak dan angin. Mungkin kurangnya angin masuk menyebabkan pembakaran yang kurang sempurna dan menyebabkan kereta anda berat. Munkin juga kemasukan minyak yang berlebihan. Walaubagaimana pun tugas ini perlu diserahkan pada yang pakar.

5. Sensor oksigen pada enjin rosak
Untuk sebahagian jenis enjin ada menggunakan sensor oksigen untuk mengenalpasti oksigen yang masuk ke dalam enjin. Sensor ini akan mengimbangkan jumlah minyak yang masuk yang akan menghasilkan pembakaran bersama oksigen. Jika sensor ini rosak maka kereta akan terasa lembab.


Semua faktor di atas merupakan masalah umum yang dihadapi oleh kereta yang kurang 'pickup'. Namun begitu mungkin banyak lagi faktor lain dan setiap kenderaan mempunyai masalah yang berbeza-beza. Sila rujuk kenderaan anda kepada pakar jika terdapat masalah yang tidak disenaraikan di atas. Segala info dan tips ini akan dikemaskini dari masa ke masa. sekian.

No comments:

Post a Comment