Thursday, August 25

Cara mencuci kereta dengan betul


Pada masa kini tugas mencuci kereta menjadi lebih mudah dan cepat dengan adanya servis car wash sama ada secara manual mahupun automatik. Namun ada juga di antara kita yang lebih suka mencuci kereta dengan tangan sendiri untuk hasil yang lebih memuaskan dan menjimatkan. Terdapat beberapa cara sebenarnya yang ramai orang tidak ambil peduli berkaitan cara mencuci kereta dengan betul. Bahagian kereta yang perlu dibersihkan terbahagi kepada dua iaitu bahagian luar, dalam dan enjin.

Bahagian Luar
     1.      Gunakan shampoo kereta yang betul namun anda juga boleh menggunakan cecair pencuci pinggan untuk kesan yang lebih kurang sama.
     2.      Sediakan satu baldi bancuhan shampoo kereta sahaja.
     3.      Sebaiknya gunakan kain jenis microfibre.
     4.      Mula dengan menyiram air ke seluruh badan kereta termasuk rim dan tayar untuk membasahkannya.
     5.      Kemudian sabunkan keseluruhan badan kereta bermula dari bahagian bumbung turun ke bonet depan dan belakang, pintu, tingkap, kemudian bahagian bumper.
     6.      Gosok sekali atau dua kali sahaja sekadar menghilangkan kotoran yang melekat pada satu-satu tempat. Menggosok berulang kali akan menyebabkan badan kereta calar.
     7.      Guna permukaan yang lain pada kain untuk menggosok tingkap. Jangan guna permukaan sama yang telah digunakan untuk menggosok bahagian badan kereta.
     8.      Kemudian gosok pada bahagian tayar dan rim. Jenis tuala kecil boleh digunakan untuk bahagian ini kerana tidak perlu risau akan calar.
     9.      Gunakan air pancutan untuk menanggalkan sisa lumpur atau tanah yang melekat pada tayar dan bahagian yang dekat dengannya.
    10.  Kemudian bilas keseluruhan kereta dengan bersih.
    11.  Lap dengan kain kering yang lembut bagi mengelakkan calar.
    12.  Selepas kering anda boleh la menggosok cecair pengilat (polisher) jika perlu.
    13.  Terdapat juga polisher untuk tayar agar nampak lebih berkilat dan cantik.

Bahagian dalam
     1.      Bahagian dalam dibersihkan setelah selesai mencuci bahagian luar.
     2.      Mula dengan mengeluarkan semua alas kaki yang terdapat di dalam kereta. Hilangkan habuk yang melekat pada alas kaki tersebut dengan memberus, melibas, atau gunakan vacuum.
     3.      Kumpul semua sampah sarap dan buangkan.
     4.      Kemudian boleh la mula vacuum bahagian dalam kereta. Vacuum kerusi dahulu diikuti dengan, dashboar dan lantai kereta, dan bonet belakang.
     5.      Lap cermin pada bahagian dalam dengan kain lembap.
     6.      Akhir sekali jangan lupa pasangkan kembali alas kaki yang sudah dibersihkan tadi.

Bahagian enjin
Untuk membersihkan bahagian enjin cuma perlu lap sekitar kawasan luaran enjin dengan kain kering. Namun ada juga cara untuk mencuci enjin dan digalakkan anda bawa sendiri kereta ke bengkel untuk proses ini kerana jika tersilap buat kereta boleh rosak.
Sekian itu sahaja tips yang mudah untuk mencuci kereta. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment