Wednesday, August 24

8 Perkara asas yang perlu anda tahu mengenai penjagaan kereta



Penjagaan kereta tidaklah sukar seperti yang disangka. Hanya dengan sedikit kesungguhan dan perhatian mampu menyelamatkan kereta anda daripada masalah kecil yang boleh membawa kepada masalah besar dan kos penyelenggaraan yang banyak jika dibiarkan. Berikut adalah senarai beberapa perkara asas yang perlu anda tahu mengenai penjagaan kereta:


1. Minyak enjin atau “minyak hitam”
Minyak enjin perlu diambil perhatian untuk memastikan prestasi enjin kereta anda berada dalam keadaan baik. Pada keadaan normal minyak enjin akan berwarna sedikit jernih macam minyak masak dan parasnya pula merada pada paras garisan yang terdapat pada batang pencelup. Jika paras minyak enjin kurang atau berwarna hitam maka boleh lah ditukar. Kos penukaran biasanya dalam RM90. Namun harus diingat, kebiasaannya minyak enjin perlu ditukar pada setiap 15,000km sehingga 20,000km.

2. Timing belt 

Part yang paling penting dalam enjin ialah timing belt. Jika timing belt terputus enjin anda boleh di overhaul secara keseluruhan dan kos penyelenggaraannya amat tinggi. Jadi penting untuk menukar timing belt tepat pada masanya. Tempoh untuk tukar bergantung pada jenis kenderaan namun biasanya setiap 60,000 km. Namun ada juga kenderaan yang menggunakan timing chain dan ia tidak perlu ditukar.

3. Pam air / water pump
Pam air biasanya ditukar sekali dengan timing belt sebab pam air perlu dialihkan untuk membuka timing belt di dalam enjin. Saranan agar pam air ditukar sekali bagi mengelakkan kebocoran pada pam air.

4. Breake pad
Untuk memeriksa keadaan breake pad anda boleh lihat pada paras minyak breake jika anda membuka bonet depan. Pada keadaan normal paras minyak breake akan tinggi atau penuh. Namun jika parasnya suda jatuh kepada minimum itu menunjukkan yang breake pad anda suda haus dan perlu ditukar. Selepas ditukar paras minyak breake biasanya akan naik dengan sendiri tanpa perlu ditambah.

5. Cecair penyejuk enjin
Biasanya disebut coolant. Cecair ini penting untuk memastikan enjin anda tidak overheat. Penting untuk diperiksa terutamanya sebelum anda memulakan perjalanan jauh. Pastikan tiada kebocoran pada tiub dan cecair coolant penuh. Anda digalakkan pakai cecair coolant dan bukannya air paip. Air paip hanya akan menyebabkan pengaratan dan takat didihnya rendah. Cadangan tukar coolant pada setiap 60,000 km.

6. Tayar
Tayar anda perlu dipantau dalam beberapa keadaan iaitu tekanan angin, allignment, dan bunga tayar. Tekanan angin berbeza mengikut jenis tayar dan pastikan tekanan angin pada tayar kereta anda menepati spesifikasi yang terdapat pada tayar tersebut. Allignment tayar anda boleh rasa semasa memandu, jika kereta mudah menyerong atau tayar cepat haus pada sebelah sisi itu tandanya allignment mempunyai masalah. Tayar botak adalah bahaya untuk pemanduan kecuali anda seorang drifter. Pastikan bunga tayar tebal.

7. Bateri
Terdapat dua jenis bateri kereta iaitu bateri sell basah dan sell kering. Untuk sell kering cadangan perlu ditukar setahun sekali bergantung kepada jangka hayat bateri tersebut. Manakala untuk sell basah pula pastikan anda rajin mengisi air bateri.

8. Wiper
Untuk kereta yang selalu parking tengah panas anda disarankan untuk menaikkan wiper agar ia lebih tahan lama. Ini kerana cermin kereta yang panas boleh merosakkan getah wiper menjadikannya keras dan rosak. 

Harus diingat bahawa semua jangka waktu penukaran yang dinyatakan diatas hanyalah cadangan semata-mata bagi memastikan prestasi yang baik sepanjang masa. Anda tidak perlu terikat dengan cadangan tersebut.

No comments:

Post a Comment