Ekoran kegawatan ekonomi pada masa kini kos
sara hidup semakin meningkat seperti harga barangan runcit, bil api dan air,
mahupun harga minyak. Dengan mengamalkan tips dan nasihat di bawah anda mampu mengurangkan kos
perbelanjaan minyak kereta anda pada tahap yang optimum.
1. Jaga kebersihan luaran dan dalaman kereta
Kebersihan kereta amat penting bagi memastikan kelancaran
pergerakan mekanikal dan aerodinamik. Bahagian dalaman kereta juga perlu dibersihkan. Kutip semua sampah sarap yang terkumpul di dalam
kereta anda dan vacuum segala pasir dan debu yang terkumpul. Ini kerana sampah-sampah tersebut juga menyumbang kepada berat beban yang kereta anda tanggung. Semakin
banyak beban semakin banyak penggunaan minyak.
2. Servis kereta tepat pada masa
Patuhi panduan penyelenggaraan
kereta yang telah ditetapkan oleh mekanik anda terutamanya minyak enjin yang
melancarkan pergerakan piston. Servis yang menepati masa akan mengekalkan
prestasi kereta pada tahap yang optimum sekali gus melancarkan pergerakan enjin
dan menjimatkan minyak. Untuk jangka masa panjang ia juga mampu menyelamatkan
kereta anda daripada risiko kerosakan yang memerlukan belanja yang tinggi.
3. Memecut dengan perlahan
Memecut dengan laju bermakna anda menekan pedal minyak dengan kuat dan LEBIH
BANYAK minyak akan dipam ke dalam enjin. Hal ini akan akan menyebabkan rpm
meningkat dan tekanan pada silinder enjin sekaligus meningkatkan penggunaan minyak.
4. Parking di tempat yang redup
Minyak kereta
merupakan cecair yang mudah tersejat atau pun dalam kata lain “high volatility”
yang mana ianya sangat sensitif pada suhu tinggi. Elakkan meletak kereta di
bawah terik matahari kerana ini akan menyebabkan tangki minyak menjadi panas
dan meningkatkan suhu minyak di dalam tangki. Ekoran itu minyak akan tersejat
keluar melalui penutup tangki yang tidak rapat.
5. Periksa angin tayar
Tekanan angin pada
tayar kereta sangat penting bagi memastikan kelancaran pergerakan. Jika tayar
kekurangan angin maka akan lebih banyak tenaga diperlukan untuk bergerak. Oleh
itu, tekanan angin tayar perlu berada di tahap optimum seperti yang
dispesifikasikan.
6. Elakkan traffic jam
6. Elakkan traffic jam
Kesesakan lalu lintas
akan meningkatkan penggunaan minyak. Walaupun kereta berada pada kelajuan
rendah atau tidak bergerak sama sekali ketika kesesakan, namun jika enjin hidup
minyak kereta tetap akan berkurangan. Rancang perjalanan agar tidak
terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.
7. Kurangkan penggunaan aircond
7. Kurangkan penggunaan aircond
Penggunaan aircond
memerlukan enjin mengecas tenaga bateri dengan lebih banyak dan meningkatkan
penggunaan minyak. Untuk menjimatkan minyak, kurangkan penggunaan aircond. Jika tidak perlu matikan aircond dan buka tingkap semasa dalam perjalanan melainkan
hari hujan.
8. Jangan tambahkan beban yang tidak perlu
8. Jangan tambahkan beban yang tidak perlu
Kebanyakan orang
tidak sedar yang mereka sebenarnya meletakkan beban yang tidak perlu ke atas
kereta mereka sendiri. Seperti contoh patung dan bantal perhiasan yang
berlebihan di dalam kereta,sound sistem besar dan sebagainya. Perlu di ingat,
semakin banyak beban semakin tinggi penggunaan minyak.
9. Jangan memecut di bukit
9. Jangan memecut di bukit
Memecut di bukit akan
memberi tekanan pada enjin dengan rpm yang tinggi. Rpm tinggi bermaksud
pembakaran di dalam enjin berlaku dengan lebih kerap dan ini sama sekali tidak
menjimatkan. Jika mendaki bukit kekalkan pada kelajuan yang ideal agar enjin
tidak diberi tekanan.
No comments:
Post a Comment