Semua
orang mahukan penjagaan yang terbaik untuk kereta mereka. Namun begitu, bukan
semua cara penjagaan ini bertepatan pada tempat dan masanya. Lebih teruk lagi
jika cara tersebut hanya membuat keadaan menjadi semakin buruk dan mendatangkan
kerugian. Berikut kami senaraikan cara-cara penjagaan kereta yang anda rasa
betul tapi sebenarnya salah.
#1: Tukar minyak enjin pada setiap 5,000km
Penukaran
minyak enjin pada setiap 5,000km adalah sama sekali tidak tepat. Jarak perjalanan
untuk menukar berbeza bagi setiap kenderaan dan jenis minyak yang dipilih. Jika
anda membeli minyak enjin yang berkualiti maka anda boleh pergi lebih jauh
sebelum perlu menukarkannya.
Formula
pemprosesan yang berteknologi tinggi pada masa kini menjadikannya lebih tahan
lama dan berkualiti. Dengan formula baharu, minyak enjin boleh bertahan
sehingga 15,000km hingga 20,000km perjalanan. Tiada siapa pernah mengambil tahu
akan teknologi ini namun itulah hakikatnya.
Walaupun
begitu, menukar minyak enjin lebih awal tidak menjadi masalah. Tetapi ini akan
mengurangkan penjimatan anda dalam penjagaan kereta.
#2: Panaskan enjin sebelum jalan
Ramai
beranggapan bahawa perbuatan memanaskan enjin akan menghalang kerosakan pada
enjin. Namun pada hakikatnya perbuatan ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan
malah mengundang lebih banyak keburukan kepada enjin. Perbuatan ini hanya akan
membazirkan minyak kereta dan menyebabkan komponen dalaman enjin seperti piston
cepat rosak.
#3: Tambah minyak pembersih enjin untuk
membersihkan bahagian dalam enjin
Tahukan
anda, penghasilan minyak kereta diwajibkan untuk mematuhi polisi antarabangsa
iaitu menambahkan detergen di dalam formula mereka bagi mengurangkan mendapan
kotoran minyak di dalam enjin dan tangki. Polisi ini wajib dipatuhi oleh semua
syarikat minyak dan tiada yang terkecuali.
Oleh
itu, anda patut mempertimbangkan keperluan untuk menambah minyak pembersih ke
dalam tangki minyak anda. Namun tidak salah jika anda berbuat demikian cuma
tidak perlu terlalu kerap.
#4: Tune anjin dengan kerap
Perbuatan
tune enjin tidak perlu dibuat kerap kali. Ini kerana bagi kebanyakan kereta
pada masa kini aliran minyak dan angin dikawal sepenuhnya oleh sensor dan
komputer kereta anda.
Sistem
kereta juga sentiasa melakukan pemeriksaan pada kuantiti minyak dan angin yang
masuk agar menghasilkan pembakaran yang optimum. Semua ini berlaku secara
automatik. Oleh itu anda tidak perlu risau lagi mengenai tuning enjin anda.
Jika
kereta lambat memecut cuba periksa spark plug terlebih dahulu sebelum meminta
mekanik untuk melakukan tuning enjin.
#5:
Penggunaan minyak oktane tinggi lebih baik untuk enjin
Minyak
oktane tinggi sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa kelebihan kepada enjin
anda. Bezanya cuma harga minyak ini lebih mahal daripada biasa.
Kebanyakan
kereta lumba menggunakan minyak oktane tinggi untuk prestasi yang lebih tinggi.
Namun harus diingat, enjin pada kereta lumba tidak sama seperti kereta biasa.
Ianya telah diubahsuai untuk tekanan dan pecutan tinggi. Bagi enjin biasa,
prestasinya tidak banyak berbeza jika menggunakan minyak oktane tinggi.
No comments:
Post a Comment